Perhatikan cebisan riwayat berikut agar ianya tambah memperingatkan kita dalam masa seharian yang kita lalui…
Pada suatu hari Khalifah Sulaiman bin Malik(Bani Abasiyyah) telah pergi berjumpa dengan Abu Hazim untuk meminta nasihat. Walaupun di istananya sudah ada ulamak yang dibayar gaji, dia tetap juga berusaha memperolehi nasihat dari ulamak yang lain. Demikian antara yang ditanyakannya:
Khalifah: Mengapa kita sangat takutkan mati?
Abu Hazim: Kamu membangunkan dunia kamu. Tetapi dalam masa yang sama kamu merobohkan akhirat kamu.
Khalifah: Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?
Abu Hazim: Bergantung kepada orangnya. Bagi yang kenal dengan Allah dan ikhlas, mereka itu seperti seorang anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarga setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti seorang hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat ditangkap semula.”
Ahad, 5 Februari 2012
AbaNG rizaL
Assalamualaikum...
something to share:
al-fatihah kepada allahyarham abg muhammad rizal bin abdul rahim... moga roh nya dicucuri rahmat dan diberkati... ya'allah aku berdoakan kepadamu, kau tempatkan lah saudara ku muhamad rizal bin abdul rahim dan ibunya puan zainah binti jamil dikalangan orang beriman.. ampunkanlah segala dosa mereka ketika di dunia... kau yang maha pengasih lagi maha penyayang.. amin ya rabbal alamin.......... alfatihah....
something to share:
al-fatihah kepada allahyarham abg muhammad rizal bin abdul rahim... moga roh nya dicucuri rahmat dan diberkati... ya'allah aku berdoakan kepadamu, kau tempatkan lah saudara ku muhamad rizal bin abdul rahim dan ibunya puan zainah binti jamil dikalangan orang beriman.. ampunkanlah segala dosa mereka ketika di dunia... kau yang maha pengasih lagi maha penyayang.. amin ya rabbal alamin.......... alfatihah....
Sabtu, 4 Februari 2012
aPa pendapaT KORAng betunaNg duLu dan ikat selama 3tahun
sOALan cepU MAs....
tok : ayeh lama tok tak jumpa norina.. (tetiba aku pelik)
dia sihat ka?(ok lagi pelik)
lepas habis belaja hang ikat dulu norina/betunang???
(lupa ckp aku da clash sethun lalu)
aku : aku jawab " tengok lah tok kalau ada jodoh =)......
mak tam: mak tam bekenan kat dia ja sebab pandai jaga keluarga n pandai cari duet
sendri... dia sangt berdikari.. jodoh mcm tuh kena cari bla bla bla bla bla
aku : terdiam seketika.... insya'allah kalau mmg jodoh aku dengan dia...
aku bukak seluas hati menerima dia dalam keluaga aku.... buat masa nie
aku ada tanggngjwab n dia pon ada tanggungjwb, so kalu ada jodoh
xkmana kan....bercayalah tulang rusuk tetap akan bercantum...
itu janji allah tentang jodoh
tok : ayeh lama tok tak jumpa norina.. (tetiba aku pelik)
dia sihat ka?(ok lagi pelik)
lepas habis belaja hang ikat dulu norina/betunang???
(lupa ckp aku da clash sethun lalu)
aku : aku jawab " tengok lah tok kalau ada jodoh =)......
mak tam: mak tam bekenan kat dia ja sebab pandai jaga keluarga n pandai cari duet
sendri... dia sangt berdikari.. jodoh mcm tuh kena cari bla bla bla bla bla
aku : terdiam seketika.... insya'allah kalau mmg jodoh aku dengan dia...
aku bukak seluas hati menerima dia dalam keluaga aku.... buat masa nie
aku ada tanggngjwab n dia pon ada tanggungjwb, so kalu ada jodoh
xkmana kan....bercayalah tulang rusuk tetap akan bercantum...
itu janji allah tentang jodoh
Jumaat, 25 November 2011
keSEdiHAn :'(



awaL seM KaLinieH TERus mencaTAtkaN JUmLaH KESEdihAN, KESUsAHAn y aMAt tINGGi berbanGDIng rekOD sebelumnYA..... EnTah la, masalah datang bukan kita pinta. Aku harap sangat akan keluar dari masalah nie a.s.a.p.. aku nak keluar dari semua masalah nie... tolong la ya allah... aku nak happy mcam orang laen xperlu ada masalah... aku nak macam orang laen hidup tenang tanpa masalah... aku nak macam orang lain xperlu pikir tentang masalah.... aku nak jugak rasa ketenangan tanpa masalah... sepanjang tahun 2011 aku dapat macam2x dugaan yang tidak diingini... mungkin allah sedang menguji hambanya... tapi de hold tis year, aku di belenggu masalah... habis satu, datang satu.... berikanlah aku petunjuk.... aku perlu seseorang yang mendengar, tapi bila sebut pasal "KAWAN" senang kita, susah tiadalah mereka... kadang2x rasa macam BODOH sangat diri sendiri... no need follower..
Ahad, 20 November 2011
1sT day keLAs?? SEm 7?


Omg semester tujuh da aku sem nie..... da masuk 4 tahun aku belajaq.... wahhhh lamanya... korang mampu ker jadi macam aku hahaha... biasalah minggu pertama nie.. bila masuk kelas kena syarahan dan laen2x... semua lectrr pulun nak kasi motivasi kan... hahahaha... aku antara yang bermotivasi la awal2x sem nie... t ujung ujung sem semua motivasi tue akan dicernakan dan menjadi baja hahahaha... hope sem nie rajin la k... sem las ok fariz!!!!!!!!! go go go go go go go study
Jumaat, 18 November 2011
aPa ceriTa anDA?



haRi haRI SABtu SemUa baKaL menDUDUki uJIaN Muet.... soMOgA BERjaYA k.... akU NIEh xdA la BIjaK SAngat kan NAk capAi baN HEBat2x.. tPi akU DOaKAn koraNG AkAn menDAPat Y TERbaek k... =) gOOd LUck.. mUAH2X nytez
Label:
U
Khamis, 17 November 2011
apA ADa dengaN HAri juMAAt?? renung2x kaN

assalamualaikum kawan2x... (copy n paste dri org laen)apa khabar di hari jumaat 18/11/2011..somoga hari nie saudara/saudari mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
Langgan:
Ulasan (Atom)