Sabtu, 26 Disember 2009

Cerita aku dan insan tersayang

Eloop korang. Aku nak kongsi pasal pertemuan dengan seorang gadis yang telah mencuri hati aku. 1st time masa aku jumpa dia time kat libry UITM pilah r. Aku jatuh cinta pada pandangan pertama hahaha. Minah nie agak brutal r pasal tue aku minat. Ciri2 gadis idaman aku adalah seseorang yang berlawanan dengan hidup aku. Aku jumpa dia time tue mmg da tau dia sudah ada pak we tapi huhu (tak cuba tak tau kan). Aku cuba rapat huhu mana ada dia situ aku cuba adakan diriku. Aku dapat maklumat dia menjual baju t-shirt uitm sebagai pendapatan sampingan, aper lagi aku pon curi2 peluang nak dapatkan number fon dia. So, aku pon jumpa dia dan bincang pasal bisness r n aku berjaya dapatkan number fon dia. Susah korang tau nak ayat minah nie (hati konkrit) susah aku tabor bunga2 tapi tak termakan pon. Lepas kitaorang rapat dia pon ckap dia dah ada yang punya (dia ingat aku heran). Selepas aku dengar ayat tue aku pon paham tapi jgn pikir aku undur diri huhu tidak sama sekali. Aku cuba dan terus mencuba akhirnya jatuh ke tangan beta jugak akhirnya hehehe. Kami rapat walaupun sudah bawa haluan masing2 selepas keluar dari UITM kuala pilah. Kitaorang da bincang yang kitaorang takkan cuple just teman istimewa dalam hidup masing2 kerana masih terlalu awal untuk bercinta kerana takut istilah “clash” wujud dalam perhubungan. Selepas satu tahun melayari bahtera yang sama akhirnya hubungan kami semakin intim. Aku doakan dia adalah jdoh aku amin….. aku mendoakan tahun kedua perhubungan kami lebih erat dah lebih kukuh untuk di jadikan tapak kepada pembinaan masjid.

4 ulasan: